COVID-19 | Petugas dijangkiti COVID-19, pesakit kanak-kanak meningkat

2022-12-26 0

Petugas kesihatan jabatan kecemasan di Beijing berkerja sehingga tiga shif sehari, akibat kekurangan kakitangan.

Ia dikaitkan dengan peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas hospital, susulan kelonggaran sekatan epidemik awal bulan ini.

Dalam masa yang sama, bilangan pesakit kanak-kanak yang dimasukkan ke jabatan kecemasan kerana demam panas turut meningkat.